BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 22, 2010

(¯`•¸•´¯)( ~rojok kateh tu mende??? )(¯`•¸•´¯)

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya.
Urat ini kemudiannya akan diambil dan dipotong kepada bahagian- bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada.

Pada kebiasaannya, ia lebih banyak dibuat pada Hari Raya Aidiladha kerana mudah mendapat kaki dari lembu korban.

Bahan-bahan ( Berkali-kali leh makan )

  • 1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak sket)
  • 1 senduk kecil lada giling
  • 2 senduk kecil cuka makan
  • Segenggam asam jawa (campur air dan di ambil jusnya)
  • 1 keping gula nisan'/gula anau/gula melaka (kalau tak der sgt guna la gula merah)
  • Sedikit garam & gula

Cara-cara

huhu..piye dok tra mkn mnde ni...kompem rugi!!!haha

hooo...ni la rojak kateh!!!sdak ngoh!!!
  1. Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  3. Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan'/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh nih ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ianya mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
  5. Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Siap! Rojak kateh nih sedap di makan begitu saja atau di cecah ngan keropok. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari, lagi perghhhh!
  7. * Nota: Rojak kateh yang original menggunakan urat/gelatin dari kaki lembu yang telah dibakar dan kemudiannya di rebus. Dan juga adakalanya di campur dengan lidah lembu.

1 comments:

Shahira Shera said...

salam..akhirnye psl rojak kateh dh kuar..hak3...permulaan yg bagus...tpi lain kli mulakan dgn bri salam...huhu..nape xckp knpa tulis psl rojak kateh ni...kalu x ag menarik tau....apa2 pun cubaan yg bgus n try wt yg terBAGUS ag ye..huhu...apa2 pun akak ttp akan support aimi ye...